Melon Masuk Maya La Cottage

melons
Selain menjual makanan sihat, organik dan alami Maya juga berminat nak bawa masuk buah ke Maya La Cottage.

Kenapa buah???

Buah ni dikira makanan alami, sebab mengandungi pelbagai jenis mineral, vitamin dan enzim semulajadi. Kiranya masih kena dengan konsep Maya La Cottage yang ingin menjual produk makanan sihat dan alami.

Tahun 2017 kita pernah bawa masuk buah delima lebih kurang 100 kotak lebih juga terjual, then minggu lepas ada bawa masuk musk melon (info Musk Melon) dalam 10 kg tak sampai seminggu habis.

Testimoni pelanggan yang dah cuba musk melon dari maya la cottage.

 

Insha Allah minggu ni rancang nak bawa masuk Rock Melon (info Rock Melon).

Rock Melon yang Maya tengah dealing untuk borong.

Sekarang tengah dealing harga borong Rock Melon dengan pekebun. Sekarang masih dalam fasa negotiate lagi. Insha Allah kalau jadi minggu depan dah boleh jual Rock Melon kat Maya La Cottage. Semoga Allah memudah dan melancarkan urusan kami dalam membangun Maya La Cottage untuk menjadi antara kedai menjual produk sihat, organik dan alami.

Leave a comment